Sejarah sekolah

SEJARAH SEKOLAH
SK Pendidikan Khas (P) Miri bermula pada 1987 dengan sebuah kelas dijalankan secara Integrasi di SK Anchi, Miri. Murid-murid terdiri daripada kategori bermasalah pendengaran.
Pada tahun 1997,  SK Pendidikan Khas mempunyai pentadbirannya sendiri dibawah penyeliaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Besar yang  telah dilantik mentadbir sekolah ialah Puan Hazlina Tho Abdullah dan dibantu oleh 5 guru. Walaubagaimanapun pejabat dan kelas masih lagi menumpang di SK Anchi iaitu 2 buah kelas asal telah diubahsuai dan dijadikan 5 buah kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pejabat Am pula masih berkongsi dengan bilik SPBT SK Anchi.
            Pada tahun 2000 SK Pendidikan Khas diberi 2 bangunan asrama lama SMK Agama, Miri setelah mereka berpindah. Pengubahsuaian berperingkat menjadikan Blok A sebagai blok pentadbiran dan bilik darjah.
            Pada tahun 2001 SK Pendidikan Khas (P) berpindah ke tempat baru setelah pengubahsuaian siap dijalankan dan diberi kelulusan sehingga kini. Pada tahun 2003 pengubahsuaian Blok B diadakan dan kini menempatkan bilik panitia, Pusat Sumber dan Bilik Pertuturan, bilik bimbingan dan kaunseling dan surau. Pada tahun 2004 Kelas Pra Sekolah dibuka secara rasmi.
            Pada tahun 2005 Encik Stanly Aba telah mula menjawat jawatan Guru Besar dan program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran telah mulai dibuka menjelang tahun 2006.
Kini jumlah murid telah meningkat kepada 46 orang dengan 25 guru dan 9 staf sokongan.
MISI KAMI
Menuju ke arah kecemerlangan kendiri menjelang 2015

VISI KAMI
Memberi pendidikan khas bagi menjadikan insan istimewa berilmu pengetahuan, berkemahiran dan boleh berdikari melalui pendidikan berkualiti berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan.

MOTTO KAMI
3B
Berilmu, berkemahiran & berdikari